OPINI : Pengikut Jalan Kebenaran(Lurus) Yaitu Jalan Yang Sudah Allah Janjikan.

Detikperistiwa.co.id

Dalam dunia yang fana ini,ada bermacam-macam ragam manusia,ada yg mengikuti jejak kebenaran dan ada yg mengikuti kehendak hawa nafsunya Orang-orang yang mengikuti jalan lurus(kebenaran) terbahagi kepada dua bahagian (golongan).

Golongan pertama ialah yang termasuk ke dalam kumpulan Sunnis; mereka yang mengikuti peraturan Quran dan amalan serta peraturan yang berasal daripada kelakuan dan perbuatan Rasulullah s.a.w. Mereka ikuti peraturan ini dalam perkataan, perbuatan, pemikiran dan perasaan, dan mereka mengikuti maksud batin agama,ia itu mereka mengerti bukan ikut secara taklid buta.

Mereka beramal dan hidup menurut peraturan agama, merasainya dan menikmatinya, bukan semata-mata menanggung sesuatu yang dipaksakan ke atas mereka. Inilah jalan kerohanian yang mereka ikut. Inilah persaudaraan hamba-hamba Allah yang berkasih sayang. Sebahagian daripada mereka dijanjikan syurga tanpa hisab, yang lain akan menderita sedikit azab hari kiamat dan kemudian masuk syurga.

Namun ada juga sebahagian yang memasuki neraka beberapa seketika yang singkat untuk menyucikannya daripada dosa sebelum masuk syurga.

Tiada yang akan kekal di dalam neraka. Yang akan kekal di dalam neraka ialah orang kafir dan munafik Golongan kedua terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang bid’ah.

Nabi s.a.w telah memberi peringatan.;Kamu seperti Bani Israil sebelum kamu, seperti umat Isa anak Maryam, akan dibahagikan dan dipisahkan di antara satu sama lainnya.

Sebagaimana mereka mereka itu,Mengubah-ubah, kamu juga akan mengadakan bid’ah.Dengan masa berlalu dalam bid’ah, tentangan dan dosa, kamu akan jadi seperti mereka dan berbuat hal yang sama dengan mereka.Jika mereka masuk ke dalam lubang ular yang berbisa kamu juga akan mengikuti mereka.

Kamu patut tahu Bani Israil berpecah kepada tujuh puluh satu kumpulan Kesemuanya dalam kesesatan kecuali satu.

Orang Nasrani juga berpecah,jumlahnya berbeda,berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan semuanya sesat kecuali satu.

Aku bimbang umatku akan dipecahkan kepada tujuh puluh tiga kumpulan(golongan).

Ini terjadi kerana mereka mengubah yang benar kepada yang salah dan yang haram kepada yang halal menurut pertimbangan mereka sendiri, untuk muslihat dan keuntungan mereka, kecuali satu, semua kumpulan itu akan ke neraka, dan kumpulan yang satu itu akan selamat.”

Bila ditanya siapakah yang satu diselamatkan itu baginda bersabda, “Mereka yang mengikuti kepercayaan(Iman) dan perbuatanku serta para sahabatku”.

Penulis:(Surya Pasee)

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

https://detikperistiwa.co.id/wp-content/uploads/2024/03/IMG-20240311-WA0045.jpg